Anak Sulung? Tengah? atau Bongsu???
Percaya atau tidak? Tapi urutan kelahiran mempunyai pengaruh dalam perilaku seseorang. Memang pelik bunyinya kan tapi para ilmuan abad 20-an telah bertemu dengan bukti mengenainya.
1-Anak Sulung: SETIA
- Anak sulung cenderung menjadi pemimpin. Bertanggungjawab dan cenderung mengikut peraturan. Mereka dikatakan seorang yang setia. Hmmmm, jika pasangan anda merupakan anak sulung, anda tak perlu terlalu risau kerana walau apa pun yang berlaku dalam percintaan anda berdua, si dia akan sedaya upaya mempertahankannya. Kalau dah setia tu, pastinya hubungan akan kekal lama...ye tak???
2-Anak Tengah: Egois dan Dominan
- Anak yang tengah terkenal dengan sikap mereka yang agak ego. Ini kerana posisi mereka yang tersepit di tengah-tengah. Mereka sering inginkan perhatian daripada orang tua. Jika bertemu pasangan yang tepat, mereka tidak teragak-agak kahwin muda kerana mahu mendahului yang lainnya. Anak tengah juga merupakan pasangan yang menyenangkan pasangannya. Mereka ini sangat gigih berjuang untuk orang yang disayangi.
3-Anak Bongsu: Popular dan mudah puas
- Selalu orang ingat beruntungnya menjadi anak bongsu dalam keluarga. Apa nak semua dapat tapi hakikatnya tak juga! Yang bestnya mereka ini memiliki pembawaan diri yang sangat menyenangkan seperti pandai bergaul dan peramah. Tapi masalahnya juga mereka suka sangat membuat orang jatuh cinta pada mereka. Hmmm...nakalnya!
- Mereka juga mudah jatuh cinta pada orang yang pandai memberikan perhatian. Bahaya tu! Namun di sebalik sikap mereka yang manja dan menyenangkan itu, jangan pula anda cuba-cuba nak ambil kesempatan untuk control dirinya! Ini kerana sikap protes anak bongsu ni amatlah kuat. Kalau dia dah protes, alamak, memang haru!
- Selain itu, mereka mempunyai humor yang lebih berbanding kakak-kakak dan abang-abangnya.
3 comments:
sye pak usu...
anak lst dlm my sblings...
jd anak bgsu ni sme jer ngn ank2 yg lain..
gelinye ak perangai anak bongsu ni, mudah wat org jatuh cinte...ish3..pastu mudah jatuh cinte gak...sape ea bongsu antre kwn2 ak ea....ha50x
jangan jeles...hehehe
tapi hakiki nye x sume ye btl..huhuhu
Post a Comment