"InGinkan mutiaRa seLamiLah HutaN,iNginkaN baHaGia teMpuHiLah peNderitaaN,inGiNkan kejayaaN ReLailaH peNgORbaNaN..
KetaHuiLah baHawa setiap kepaHitaN itu
sebeNarNya teRkaNdunG 1000 keMaNisaN.."

Tuesday, March 23, 2010

-BuaH Cinta BeraSas taqwa-



Ini adalah kisah seorang hamba "Mubarak" yang telah di merdekakan oleh tuannya kerana keluhuran pekerti dan kejujurannya. Setelah merdeka, Mubarak bekerja dengan seorang kaya-raya yang memiliki kebun delima yang cukup luas sebagai penjaga kebun. Keramahan dan kahalusan tutur sapanya amat disenangi teman-teman dan penduduk di sekitarnya.

Suatu hari, pemilik kebun itu memanggilnya dan berkata "Mubarak tolong petikkan buah delima yang manis dan masak. Mubarak bergegas ke kebun dan memetik beberapa buah untuk tuannya.
Dia menyerahkan kepada tuannya, majikannya mencuba dan terkejut kerana delima yang dipetik Mubarak rasanya masam dan belum masak. Dia mencuba satu-persatu dan semuanya tidak ada yang manis dan masak. Lalu dia berkata "Apakah kau tidak dapat membezakan mana yang masak dan yang belum masak dan mana yang manis dan yang masam. "Maafkan saya Tuan, saya sama sekali belum pernah merasakan delima. Bagaimana saya boleh merasakan yang manis dan yang kecut," jawab Mubarak.

"Apa?Kamu sudah sekian tahun bekerja di sini dan menjaga kebun delima yang luas dan berpuluh kali berbuah, kau katakan belum merasakan buah delima. Kau berani berkata seperti itu! "Pemilik kebun marah merasa dipermainkan. "Demi Allah Tuan, saya tidak pernah memetik satu butir buah delima pun. Bukankah anda hanya memerintahkan saya menjaganya dan tidak memberi izin pada saya untuk memakannya? lirih Mubarak.

Mendengar ucapan itu, pemilik kebun itu tersentak. Namun ia tidak terus percaya begitu saja. Lalu dia pergi bertanya pada teman-teman Mubarak dan tetangganya di sekitarnya tentang kebenaran ucapan Mubarak. Teman-teman serta para tetangganya mengakui tidak pernah melihat Mubarak memakan buah delima tersebut.

Kejadian itu benar-benar menyentuh hati sang pemilik kebun. Diam-diam dia kagum dengan kejujuran pekerjanya itu. Untuk lebih menyakinkan dirinya, dia memanggil Mubarak: "Mubarak, berikan aku alasan kenapa kau tidak makan satu buah pun selama menjaga kebun ini?"

"Aku tidak tahu apakah Tuan akan menerima penjelasanku atau tidak. Saat aku pertama kali datang untuk bekerja menjaga kebun ini. Tuan mengatakan tugasnya hanya menjaga. Itu aqadnya, Tuan tidak mengatakan aku boleh merasakan delima yang aku jaga. Selama ini aku menjaga agar perutku tidak dimasuki makanan yang syubhat apalagi yang haram. Bagiku kerana tidak ada izin yang jelas dari Tuan, maka aku tidak boleh memakannya. Meskipun buah delima itu jatuh ke tanah, ia tetap bukan milikki dan tidak halal bagiku. Kecuali jika pemiliknya mengizinkan aku boleh memakannya."

Kedua mata pemilik kebun itu berkaca-kaca, lalu dia mengusap air matanya dengan sapu tangan dan berkata: "Hai Mubarak, aku hanya memiliki seorang anak perempuan. Menurutmu aku mesti mengahwinkan dengan siapa?" Mubarak menjawab, "orang-orang Yahudi mengahwinkan anaknya dengan seseorang kerana harta. Orang Nasrani pula kerana keindahan dan Orang Arab mengahwinkan anaknya kerana nasab dan keturunan. Sedangkan Orang Muslim mengahwinkan anaknya pada seseorang kerana melihat imna dan taqwanya. Anda tinggal memilih mahu masuk golongan yang mana? Dan kahwinkanlah puterimu dengan orang yang kau anggap satu golongan denganmu?

Akhirnya pemilik kebun itu mengahwinkan puterinya dengan Mubarak. Ternyata puterinya seorang gadis yang cantik, solehah, pintas dan cerdas. Dengan kejujuran dan ketaqwaan, Mubarak memperoleh nikmat yang agung dari Allah dan hidup dalam syurga cinta.

0 comments:

Post a Comment

::viDeo::