-aLahai meNantu Aku!-
Pak Ali seorang yang tamak harta menawarkan anaknya kepada orang kaya saja. Suatu hari datang Aziz untuk melamar anak daranya. Aziz memang anak orang kaya tanpa cacat celanya tapi satu masalah, dia tak tahu solat. Lepas sehari berkahwin, Pak Ali pun mengajak menantunya solat Maghrib. Aziz yang gelabah memberitahu isterinya. Dengan selamba isterinya berkata, "Abang ikut je apa ayah buat."
Aziz pun keluar dari bilik dan menghampiri Pak Ali. Bila Pak Ali takbir, Aziz pun sama ikut lalu Pak Ali pun membaca al-fatihah. Bismillahirahmannirrahim...dengan lantang Aziz pun ikut sama... Dalam hati Pak Ali jadi pelik, "Mazhab mana pula yang menantu aku ni ikut? Setahu aku, imam je baca kuat." Pak Ali terus membaca al-fatihah dan Aziz terus mengikut macam budak baru belajar mengaji. Pelik!Pak Ali menoleh ke belakang dan Aziz turut sama menoleh ke belakang...
"Isy, gila apa menantu aku ni,"kata Pak Ali. Dia lalu menjauhkan diri dari menantunya. Aziz pun terus berjalan mengikut pak mentuanya. Pak Ali terus melarikan diri ke sawah dan akhirnya tergelincir ke dalam sawah. Dengan rasa hairan, Pak Ali bertanya kepada menantunya, "Kenapa kau ikut aku ke sawah?"Aziz pun berkata, "Susah juga solat Maghrib ni ayah, sampai kena berlari-lari dan terjun ke sawah!"
-PengeMiS & PeLajaR-
Seorang pelajar berbual dengan seorang pengemis tua di depan sebuah kolej.
Pelajar: Dah lama mengemis kat sini pak cik?
Pengemis: Lama juga...Dah dekat 10 tahun.
Pelajar: Wah! Lama tu... sehari biasanya pak cik dapat berapa?
Pengemis: Paling sedikit pun RM50.
Pelajar: Ehh!Keluarga pak cik di manaa?
Pengemis: Anak pak cik semuanya ada tiga orang, yang pertama di Universiti Putra, kedua di UITM dan ketiga di UKM.
Pelajar: Hebat-hebatnya anak pak cik! Kenapa mereka sanggup biarkan pak cik mengemis?
Pengemis: Sebab mereka semuanya mengemis di universiti macam pak cik juga!!!

1 comments:
lawak btl cerita ni
Post a Comment