"InGinkan mutiaRa seLamiLah HutaN,iNginkaN baHaGia teMpuHiLah peNderitaaN,inGiNkan kejayaaN ReLailaH peNgORbaNaN..
KetaHuiLah baHawa setiap kepaHitaN itu
sebeNarNya teRkaNdunG 1000 keMaNisaN.."

Monday, March 22, 2010

-JuS...JuS...JuS-

Sedapnya jus!!! Di sebalik manis, masam dan segar rasa buah, segelas jus begitu kaya dengan kebaikan. Jadi janganlah sesekali melupakan jus dalam menu harian anda!












Jus Tomato


-membantu menjaga hati, stamina dan menyihatkan badan.


Jus Oren

-bertindak sebagai antibodi yang menjaga ketahanan badan. Bagi yang menghidap gusi berdarah dan gigi rosak juga lebih baik diminum setiap hari.


Jus EpaL

-epal mengandungi banyak magnesium, zat besi dan silikon, potassium, fosfor, sodium dan kalsium. Juga kaya dengan vitamin A, B dan C.
-membantu menjaga kesihatan dan kecantikan kulit.


Jus Nenas + Betik
-melancarkana pencernaan dan memberi selera makan pada yang selalu tidak ada selera makan.


Jus Nenas + Timun
-kalau dah makan seafood banyak-banyak tu eloklah minum jus ini kerana ianya membantu menurunkan kolesterol dalam darah.

Read more

-warNa keReta-



Apa kaitan dengan si pemilik???


SILVER
-Warna asas yang ada class!Pemilik kereta warna ini adalah seorang yang pantas bertindak. Kalau bergaduh dengan pasangannya, mereka tidak suka nak simpan lama-lama. Mesti nak cepat settle. Yang tak bestnya, mereka ini juga dikatakan suka mengikut kata hati dan kadangkala sensitif juga..Hmm....siapa yang jadi pasangan kepada si pemilik kereta warna silver ini kenalah pandai pujuk ya!


HITAM
-Wow! Nampak eksklusif dan misteri. Ramai orang cuba mengejar dan merebut cinta si pemilik kereta ini tapi mereka ini suka
play hard to get! Nak tahu personaliti mereka? Mereka ini seorang yang sanggup melakukan apa saja untuk kebahagian diri sendiri, keluarga dan orang yang mereka sayang. Ooops! Yang tak bestnya pula kadangkala mereka ni cepat je naik angin. Bila dah naik angin tu mulalah tak ingat dunia. Itu yang selalu menjadi punca pergaduhan dengan si dia. Tapi tak lama! Kejap je dah cool. Satu yang harus dipuji ialah mereka ni amat mementingkan perhubungan dan penyayang. Sanggup lakukan apa saja! Untungnya siapa yang menjadi pasangan si pemilik kereta warna hitam kan:)


MERAH
-Gagah!!! Pemilik kereta warna ini dikatakan suka mengikut kata hati dan naluri dalam membuat keputusan. Ada juga di kalangan mereka ni berbakat jadi pak nujum! Pandai membaca isi hati orang lain tanpa diberitahu, sebab tu mereka selalu menjadi tempat pasangan dan teman-teman meluahkan problem! Mereka juga penyayang, prihatin dan suka menghibyrkan pasangannya. Ada yang kata mereka ni sukar sangat jatuh cinta walau ramai yang suka...Ehem,jangan lah jual mahal sangat nanti tak laku..:)


BIRU

-Seorang yang romantis, penyayang dan pemurah. Mereka juga selalu optimistik dan amat yakin dalam melakukan apa sahaja. Sikap mereka yang paling bagus ialah sikap sabar. Apa pun yang terjadi dalam percintaan, mereka ni tetap maintain cool! Kalau pasangannya nak marah-marah pun lantaklah, dia tetap maitain. Selain itu, mereka sedaya upaya membahagiakan pasanagannya!


-Pemilik kereta warna ini mencari pasangan yang sama-sama suka kedamaian hidup. Tak sukalah masalah-masalah ni. Buat semak kat kepala je! Mereka juga cepat berpuas hati dengan apa yang diperolehi. Kalau dah ada seorang yang istimewa tu, confirm takkan cari yang lain dah!Yang harus dibetulkan ialah sikap acuh tak acuh mereka dan suka memandang remeh terhadap sesuatu perkara. Berhati-hati ya..


HIJAU

-Seorang yang pemurah. Langsung tak kedekut, lebih-lebih lagi dengan orang yang paling mereka sayang. Sebut apa sahaja, pasti tersedia dan dibelikan. Bukan saja sanggup berkorban wang ringgit tapi juga masa. Prinsip hidup mereka ialah untuk membuatkan orang lain gembira. Mereka juga suka menolong tanpa mengharapkan balasan. Sebab itulah mereka amat disenangi tapi yang tak bestnya mereka dikatakan seorang perahsia dalam soal peribadi...


KUNING
-Pemilik kereta warna ini sentiasa bersemangat dalam menghadapi hidup dan percintaan. Kreatif jugalah. Jarang sekali nak rasa bosan tapi mereka juga sering dilanda kesunyian. Mungkin kadang-kadang mereka agak sukar didampingi. Alah, apa kata sesekali anda pula yang pergi menghulurkan persahabatan terlebih dahulu. Jangan harapkan orang lain je. Tak ada ruginya pun!


Renung-renungkan pemilik kereta warna apa yang menjadi idaman dan selamat mencuba!!!


Read more

-Rajuk Si aNak-






Read more

::viDeo::