"InGinkan mutiaRa seLamiLah HutaN,iNginkaN baHaGia teMpuHiLah peNderitaaN,inGiNkan kejayaaN ReLailaH peNgORbaNaN..
KetaHuiLah baHawa setiap kepaHitaN itu
sebeNarNya teRkaNdunG 1000 keMaNisaN.."

Tuesday, March 23, 2010

-ceRita Lucu-


-aLahai meNantu Aku!-

Pak Ali seorang yang tamak harta menawarkan anaknya kepada orang kaya saja. Suatu hari datang Aziz untuk melamar anak daranya. Aziz memang anak orang kaya tanpa cacat celanya tapi satu masalah, dia tak tahu solat. Lepas sehari berkahwin, Pak Ali pun mengajak menantunya solat Maghrib. Aziz yang gelabah memberitahu isterinya. Dengan selamba isterinya berkata, "Abang ikut je apa ayah buat."

Aziz pun keluar dari bilik dan menghampiri Pak Ali. Bila Pak Ali takbir, Aziz pun sama ikut lalu Pak Ali pun membaca al-fatihah. Bismillahirahmannirrahim...dengan lantang Aziz pun ikut sama... Dalam hati Pak Ali jadi pelik, "Mazhab mana pula yang menantu aku ni ikut? Setahu aku, imam je baca kuat." Pak Ali terus membaca al-fatihah dan Aziz terus mengikut macam budak baru belajar mengaji. Pelik!Pak Ali menoleh ke belakang dan Aziz turut sama menoleh ke belakang...

"Isy, gila apa menantu aku ni,"kata Pak Ali. Dia lalu menjauhkan diri dari menantunya. Aziz pun terus berjalan mengikut pak mentuanya. Pak Ali terus melarikan diri ke sawah dan akhirnya tergelincir ke dalam sawah. Dengan rasa hairan, Pak Ali bertanya kepada menantunya, "Kenapa kau ikut aku ke sawah?"Aziz pun berkata, "Susah juga solat Maghrib ni ayah, sampai kena berlari-lari dan terjun ke sawah!"


-PengeMiS & PeLajaR-

Seorang pelajar berbual dengan seorang pengemis tua di depan sebuah kolej.
Pelajar: Dah lama mengemis kat sini pak cik?
Pengemis: Lama juga...Dah dekat 10 tahun.
Pelajar: Wah! Lama tu... sehari biasanya pak cik dapat berapa?
Pengemis: Paling sedikit pun RM50.
Pelajar: Ehh!Keluarga pak cik di manaa?
Pengemis: Anak pak cik semuanya ada tiga orang, yang pertama di Universiti Putra, kedua di UITM dan ketiga di UKM.
Pelajar: Hebat-hebatnya anak pak cik! Kenapa mereka sanggup biarkan pak cik mengemis?
Pengemis: Sebab mereka semuanya mengemis di universiti macam pak cik juga!!!


Read more

-yaNG maNa piLiHaN aNDa???-


Anak Sulung? Tengah? atau Bongsu???

Percaya atau tidak? Tapi urutan kelahiran mempunyai pengaruh dalam perilaku seseorang. Memang pelik bunyinya kan tapi para ilmuan abad 20-an telah bertemu dengan bukti mengenainya.



1-Anak Sulung: SETIA
  • Anak sulung cenderung menjadi pemimpin. Bertanggungjawab dan cenderung mengikut peraturan. Mereka dikatakan seorang yang setia. Hmmmm, jika pasangan anda merupakan anak sulung, anda tak perlu terlalu risau kerana walau apa pun yang berlaku dalam percintaan anda berdua, si dia akan sedaya upaya mempertahankannya. Kalau dah setia tu, pastinya hubungan akan kekal lama...ye tak???

2-Anak Tengah: Egois dan Dominan
  • Anak yang tengah terkenal dengan sikap mereka yang agak ego. Ini kerana posisi mereka yang tersepit di tengah-tengah. Mereka sering inginkan perhatian daripada orang tua. Jika bertemu pasangan yang tepat, mereka tidak teragak-agak kahwin muda kerana mahu mendahului yang lainnya. Anak tengah juga merupakan pasangan yang menyenangkan pasangannya. Mereka ini sangat gigih berjuang untuk orang yang disayangi.

3-Anak Bongsu: Popular dan mudah puas
  • Selalu orang ingat beruntungnya menjadi anak bongsu dalam keluarga. Apa nak semua dapat tapi hakikatnya tak juga! Yang bestnya mereka ini memiliki pembawaan diri yang sangat menyenangkan seperti pandai bergaul dan peramah. Tapi masalahnya juga mereka suka sangat membuat orang jatuh cinta pada mereka. Hmmm...nakalnya!
  • Mereka juga mudah jatuh cinta pada orang yang pandai memberikan perhatian. Bahaya tu! Namun di sebalik sikap mereka yang manja dan menyenangkan itu, jangan pula anda cuba-cuba nak ambil kesempatan untuk control dirinya! Ini kerana sikap protes anak bongsu ni amatlah kuat. Kalau dia dah protes, alamak, memang haru!
  • Selain itu, mereka mempunyai humor yang lebih berbanding kakak-kakak dan abang-abangnya.
Read more

-BuaH Cinta BeraSas taqwa-



Ini adalah kisah seorang hamba "Mubarak" yang telah di merdekakan oleh tuannya kerana keluhuran pekerti dan kejujurannya. Setelah merdeka, Mubarak bekerja dengan seorang kaya-raya yang memiliki kebun delima yang cukup luas sebagai penjaga kebun. Keramahan dan kahalusan tutur sapanya amat disenangi teman-teman dan penduduk di sekitarnya.

Suatu hari, pemilik kebun itu memanggilnya dan berkata "Mubarak tolong petikkan buah delima yang manis dan masak. Mubarak bergegas ke kebun dan memetik beberapa buah untuk tuannya.
Dia menyerahkan kepada tuannya, majikannya mencuba dan terkejut kerana delima yang dipetik Mubarak rasanya masam dan belum masak. Dia mencuba satu-persatu dan semuanya tidak ada yang manis dan masak. Lalu dia berkata "Apakah kau tidak dapat membezakan mana yang masak dan yang belum masak dan mana yang manis dan yang masam. "Maafkan saya Tuan, saya sama sekali belum pernah merasakan delima. Bagaimana saya boleh merasakan yang manis dan yang kecut," jawab Mubarak.

"Apa?Kamu sudah sekian tahun bekerja di sini dan menjaga kebun delima yang luas dan berpuluh kali berbuah, kau katakan belum merasakan buah delima. Kau berani berkata seperti itu! "Pemilik kebun marah merasa dipermainkan. "Demi Allah Tuan, saya tidak pernah memetik satu butir buah delima pun. Bukankah anda hanya memerintahkan saya menjaganya dan tidak memberi izin pada saya untuk memakannya? lirih Mubarak.

Mendengar ucapan itu, pemilik kebun itu tersentak. Namun ia tidak terus percaya begitu saja. Lalu dia pergi bertanya pada teman-teman Mubarak dan tetangganya di sekitarnya tentang kebenaran ucapan Mubarak. Teman-teman serta para tetangganya mengakui tidak pernah melihat Mubarak memakan buah delima tersebut.

Kejadian itu benar-benar menyentuh hati sang pemilik kebun. Diam-diam dia kagum dengan kejujuran pekerjanya itu. Untuk lebih menyakinkan dirinya, dia memanggil Mubarak: "Mubarak, berikan aku alasan kenapa kau tidak makan satu buah pun selama menjaga kebun ini?"

"Aku tidak tahu apakah Tuan akan menerima penjelasanku atau tidak. Saat aku pertama kali datang untuk bekerja menjaga kebun ini. Tuan mengatakan tugasnya hanya menjaga. Itu aqadnya, Tuan tidak mengatakan aku boleh merasakan delima yang aku jaga. Selama ini aku menjaga agar perutku tidak dimasuki makanan yang syubhat apalagi yang haram. Bagiku kerana tidak ada izin yang jelas dari Tuan, maka aku tidak boleh memakannya. Meskipun buah delima itu jatuh ke tanah, ia tetap bukan milikki dan tidak halal bagiku. Kecuali jika pemiliknya mengizinkan aku boleh memakannya."

Kedua mata pemilik kebun itu berkaca-kaca, lalu dia mengusap air matanya dengan sapu tangan dan berkata: "Hai Mubarak, aku hanya memiliki seorang anak perempuan. Menurutmu aku mesti mengahwinkan dengan siapa?" Mubarak menjawab, "orang-orang Yahudi mengahwinkan anaknya dengan seseorang kerana harta. Orang Nasrani pula kerana keindahan dan Orang Arab mengahwinkan anaknya kerana nasab dan keturunan. Sedangkan Orang Muslim mengahwinkan anaknya pada seseorang kerana melihat imna dan taqwanya. Anda tinggal memilih mahu masuk golongan yang mana? Dan kahwinkanlah puterimu dengan orang yang kau anggap satu golongan denganmu?

Akhirnya pemilik kebun itu mengahwinkan puterinya dengan Mubarak. Ternyata puterinya seorang gadis yang cantik, solehah, pintas dan cerdas. Dengan kejujuran dan ketaqwaan, Mubarak memperoleh nikmat yang agung dari Allah dan hidup dalam syurga cinta.

Read more

::viDeo::